Mikael: Pemburu Dua Alam
Apabila Mikael, yang sedang bergelut dengan trauma peribadi akibat kehilangan adik perempuannya, dipanggil untuk menyiasat kes pembunuhan beramai-ramai oleh seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sebuah majlis perkahwinan dalam sebuah pekan kecil, dia membongkar satu ramalan ngeri yang sedang berlaku. Raja Jin bakal menawan dunia manusia melalui kejatuhan tujuh pelindung. Dalam perlumbaan melawan masa, Mikael perlu mencari sebuah artifak kuno yang mampu menghalang Raja Jin daripada menyeberang ke alam manusia. Dalam misi ini, Mikael tidak bersendirian - dia dibantu oleh sekumpulan rakan yang tak disangka-sangka: Winston, penjual ramuan sihir hitam yang eksentrik; Sarjan Kok, anggota polis muda yang janggal tetapi bercita-cita tinggi; dan Aisyah, pencuri licik artefak ghaib.